Abu Hassan Pencuri (1955)

Poster Filem Abu Hassan Pencuri

Abu Hassan Pencuri (1955)

Sinopsis:

Filem Abu Hassan Pencuri mengisahkan Abu Hassan yang merempat dan hidup dengan mencuri. Dia bersama rakannya Kassim sering merayau dari tempat ke tempat untuk mencuri. Pada suatu hari, semasa mereka berada di pasar yang sibuk di kota Baghdad, mereka terpesona oleh kecantikan Puteri Faridah yang lalu di situ dalam satu perarakan.

Abu Hassan terus bercita-cita hendak beristerikan tuan puteri itu tetapi rakannya Kassim mentertawakannya. Abu Hassan berazam untuk bertemu tuan puteri, tetapi istananya dikawal dengan rapi. Impian Abu Hassan menjadi kenyataan apabila dia berjaya mencuri sebatang tongkat ajaib daripada seorang ahli sihir.

Filem Abu Hassan Pencuri diarahkan oleh B. N. Rao.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Mariam, Nordin Ahmad, Shariff Dol, S. Shamsudin, Daeng Idris.

 

Filem Abu Hassan Pencuri Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind