Ali Baba Bujang Lapok (1960)

Poster Ali Baba Bujang Lapok

Ali Baba Bujang Lapok (1960)

Sinopsis:

Filem Ali Baba Bujang Lapok berkisar kepada kisah di Negeri Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba (Aziz Sattar) yang miskin dan abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba (S. Shamsuddin). Oleh kerana kemiskinannya, seringkali Ali Baba meminta makanan daripada Kassim Baba dan ini tidak disukai oleh Kassim Baba.

Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu api di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak menuju ke sebuah bukit batu yang besar. Sebelum pintu gua itu dapat dibuka, Ketua penyamun itu terlebih dahulu membaca sesuatu untuk membuka dan menutupnya. Di kesempatan inilah diambil oleh Ali Baba untuk mendapatkan apa yang telah dibuat oleh Ketua Penyamun itu.

Selepas dari peristiwa itu, Ali Baba telah menjadi seorang yang kaya di negeri tersebut. Kekayaan Ali Baba akhirnya sampai ke pengetahuan Ketua Penyamun dan dia lantas merancang untuk merompak Ali Baba bersama dengan 40 orang penyamun.

Berjayakah Ketua Penyamun merompak harta Ali Baba? Semuanya terjawab dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Filem ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon : P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Normadiah, Sarimah.

 

Filem Ali Baba Bujang Lapok Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind