Aloha (1950)

Poster Filem Aloha

Aloha (1950)

Sinopsis:

Filem Aloha mengisahkan di sebuah pulau percutian yang indah iaitu Pulau Hawaii berlangsung sebuah perayaan besar dengan acara tarian, nyanyian dan perlumbaan perahu. Di antara pengunjung pulau tersebut ialah saudagar Magoya dan pembantunya Moku.

Mereka berkenalan dengan Makali dan Mariyo yang tinggal di situ dan turut sama menyertai acara yang disediakan. Makali mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Aloha. Mariyo dan Aloha saling menyintai tetapi saudagar Magoya turut menaruh perasaan terhadap Aloha.

Saudagar Magoya mengugut bapa Aloha iaitu Makali untuk merestui perkahwinan mereka kerana saudagar Magoya tahu bahawa Makali sebenarnya adalah bekas lanun yang dikehendaki dan pernah terkenal dengan nama Sankali.

Filem Aloha diarahkan oleh B. S Rajhans.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Mariam, Osman Gumanti, Roseminah, Daeng Idris, AR Tompel, Siti Tanjung Perak, S. Shamsudin.

 

Filem Aloha Full Movie

 

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind