Anakku Sazali (1956)

Poster Anakku Sazali

Anakku Sazali (1956)

Sinopsis:

Filem Anakku Sazali mengisahkan Hassan (P. Ramlee) seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan orang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor (Nordin Ahmad) dan Mahani (Zaiton). Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola.

Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor.

Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah (Hashimah Yon). Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka.

Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura.

Pada suatu hari, polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.

Apakah kisah yang akan terjadi seterusnya… Filem Anakku Sazali diarahkan oleh Phani Majumdar.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Daeng Idris, Zaiton, Nordin Ahmad, Hashimah Yon, Tony Castello, Rosnani Jamil, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Siti Tanjung Perak, Kemat Hassan, Shariff Dol, Habsah Buang.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind