Antara Dua Darjat (1960)

Poster Filem Antara Dua Darjat

Antara Dua Darjat (1960)

Sinopsis:

Filem Antara Dua Darjat mengisahkan pada hari, hujan turun dengan lebatnya. Kereta yang membawa Tengku Zaleha telah terkandas di dalam lumpur. Ghazali dan rakan-rakan pemuziknya membantu menolak kereta tersebut dan telah berkenalan dengan Tengku Zaleha yang tinggal di banglo Anggerik Villa.

Pada majlis sambutan harijadi Tengku Zaleha, Ghazali dan rakan-rakannya telah dijemput membuat persembahan nyanyian. Hubungan Ghazali dan Tengku Zaleha semakin intim dan kelakuan Tengku Zaleha yang suka keluar bersiar-siar menimbulkan rasa marah kepada ayah Tengku Zaleha iaitu Tengku Karim yang begitu berbangga dengan darah keturunan raja dan memandang hina golongan kebanyakan.

Tengku Karim kemudiannya melarang Tengku Zaleha keluar bercampur dengan orang kebanyakan. Walaupun begitu, permintaan Tengku Zaleha untuk belajar bermain piano telah diizinkan ayahnya yang tidak mengetahui bahawa guru piano tersebut iaitu Ghazali ialah kekasih anaknya.

Apabila mengetahui hal sebenarnya, Tengku Karim mengarahkan supaya Ghazali dipukul sementara Tengku Zaleha dibawa ke Singapura untuk memisahkan mereka berdua.

Filem Antara Dua Darjat diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Saadiah, S. Kadarisman, S. Shamsudin, Yusof Latiff, Ahmad Nisfu, Kuswadinata, Kemat Hassan, S. Sudarmaji, Mustarjo.

 

Filem Antara Dua Darjat Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind