Bawang Putih Bawang Merah (1959)

Poster Filem Bawang Putih Bawang Merah

Bawang Putih Bawang Merah (1959)

Sinopsis:

Filem Bawang Putih Bawang Merah mengisahkan Pak Ali yang mempunyai dua orang isteri iaitu Labu dan Kundor. Hasil dari perkahwinannya yang pertama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Bawang Merah. Isteri keduanya Kundor turut melahirkan seorang anak perempuan bernama Bawang Putih. Selepas kematian Pak Ali, hidup Labu dan Bawang Merah semakin terseksa apabila mereka dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah.

Tambah menyedihkan, Kundor tergamak membunuh Labu. Hidup Bawang Merah semakin tertekan. Kelembutan, kecantikan dan kemerduan suara Bawang Merah telah berjaya menambat hati seorang putera raja negeri itu. Putera raja tersebut melamar Bawang Merah. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Kundor dan Bawang Putih semakin cemburu.

Dalam diam mereka berhasrat untuk menghancurkan perkahwinan tersebut. Bawang Merah dipukau dan disuruh melakukan pelbagai muslihat kononnya untuk menguji kasih sayang putera raja itu terhadapnya. Berjayakah rancangan Kundor dan Bawang Putih untuk menghancurkan kabahagiaan Bawang Merah?

Filem Bawang Putih Bawang Merah diarahkan oleh Dato’ S. Roomai Noor.

Pelakon: Latifah Omar, Umi Kalthom, Mustapha Ma’arof, Siti Tanjung Perak, Sharif Medan, Mahmud June.

 

Filem Bawang Putih Bawang Merah Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. ain harun says:

    hi… filem2 melayu nie xleh download ke..?

  2. zeffron says:

    filem melayu ne tak bole download ke????????

Speak Your Mind