Bidasari (1964)

Poster Filem Bidasari 1964

Bidasari (1964)

Sinopsis:

Filem Bidasari mengisahkan seorang gadis yang berkongsi nyawa dengan seekor ikan yang mempunyai raut wajah yang cukup memukau dan suara yang begitu merdu. Bidasari merupakan satu kebencian bagi Baginda Permaisuri apabila didapati bahawa Bidasari adalah perempuan paling cantik sekali di kerajaan beliau setelah melihat di dalam cermin ajaibnya.

Perkara ini membangkitkan suatu niat untuk menghapuskan Bidasari supaya Baginda Permaisuri menjadi perempuan paling cantik sekali di dalam kerajaan beliau itu. Oleh itu beliau menjemput Bidasari bersama keluarga menghadirkan diri ke majlis keramaian di Istana supaya menghiburkan hati Permaisuri dengan nyanyian serta tarian Bidasari. Sejurus keramaian tersebut Bidasari dipelawa juga untuk tinggal di Istana supaya dapat teman Baginda Permaisuri.

Di situ Bidasari diseksa begitu teruk tanpa henti oleh Baginda Permaisuri supaya tercapai hasratnya untuk menghapuskan Bidasari supaya menjadi wanita tercantik di kerajaanya. Dapatkah Bidasari menyelamatkan dirinya dari dianiaya tanpa belas kasihan oleh Baginda Permaisuri?

Filem Bidasari diarahkan oleh Jamil Sulong.

Pelakon: Sarimah, Jins Shamsudin, S. Kadarisman, S. Shamsudin, ED Osmera.

 

Filem Bidasari Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind