Bujang Lapok (1957)

Poster Bujang Lapok

Bujang Lapok (1957)

Sinopsis:

Filem Bujang Lapok mengisahkan tiga orang sahabat, Ramlee, Sudin dan Aziz yang menyewa bilik di rumah kepunyaan janda muda, Cik Norma. Ramlee bekerja sebagai “salesman” (penjual ubat), Sudin kerani manakala Aziz pemandu lori. Sudin sedang berkasih-kasih dengan Zaiton, anak Cik Siti Tanjung Perak, yang tinggal bersebelahan tempat mereka menyewa, Ramlee pula tidak menyedari yang dirinya dicintai Cik Norma sedangkan Aziz setakat ini belum ada sesiapa dihatinya.

Sofia sering datang ke rumah Cik Norma untuk meminjam beras kerana kesempitan hidup atas perbuatan ayah angkatnya yang kaki judi dan kuat minum arak. Cik Siti mahu menjodohkan Zaiton dengan orang kaya tetapi dibantah oleh Zaiton dan ini membuatkan Cik Siti tidak senang dan terus menyerang emak Sudin apabila dia mendapat tahu dari Ayu (adik Zaiton) yang Zaiton ada hubungan sulit dengan Sudin.

Ramlee sering saja diperdayakan oleh wanita-wanita yang ditemuinya untuk dipikat.  Ketika bersendirian di tepi sungai, Aziz menyelamatkan Sofia yang terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri. Aziz membawa Sofia ke rumah Cik Norma dan dia mendapat perlindungan di situ kerana Sofia menyatakan yang dirinya mahu diperkosa oleh seorang lelaki sebagai menebus hutang berjudi ayah angkatnya.  Tetapi Sofia dapat melepaskan dirinya.

Filem Bujang Lapok ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: P. Ramlee, S. Shamsuddin, Aziz Sattar, Normadiah, Dayang Sofia, Zaiton.

 

Filem Bujang Lapok Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind