Cucu Datuk Merah (1963)

Poster Filem Cucu Datuk Merah

Cucu Datuk Merah (1963)

Sinopsis:

Filem Cucu Datuk Merah mengisahkan Awang Janggut iaitu cucu kepada Datuk Merah, seorang panglima yang terkenal lagi terhormat di Terengganu suatu ketika dahulu. Awang sering berbangga dengan asal keturunannya itu.

Dia tidak mahu membuat kerja-kerja biasa di kampung walaupun terpaksa hidup susah bersama isterinya Wan Kuntum. Mereka tinggal bersama-sama seorang pembantu di sebuah rumah pusaka yang besar tetapi kosong. Kesukaan Awang ialah memelihara seekor ayam sabung bernama Jalak.

Pada suatu hari, Awang telah menyelamatkan Siti Molek dari gangguan pemuda kampung bernama Long Daik. Siti telah memujuk ayahnya, orang kaya Hassan supaya mengambil Awang bekerja sebagai pengawal keselamatan mereka. Walaupun tahu Awang sudah beristeri, Siti telah menggoda Awang supaya suka kepadanya.

Sementara itu, Wan Kuntum yang sedang hamil sering ditinggalkan keseorangan di rumah. Awang Janggut tidak lagi mempedulikan isterinya kerana leka melayan Siti Molek. Akibat kecuaiannya sendiri, Wan Kuntum telah keguguran lalu jatuh sakit

Filem Chuchu Datok Merah diarahkan oleh M. Amin.

Pelakon: Nordin Ahmad, Latifah Omar, Rose Yatimah, A. Rahim, Rahimah Alias.

 

Filem Cucu Datuk Merah Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind