Dandan Setia (1959)

Poster Filem Dandan Setia

Dandan Setia (1959)

Sinopsis:

Filem Dandan Setia mengisahkan satu kerajaan di kayangan dimana tercetusnya suatu peperangan. Puteri Adinda Kesuma Gemala Dewi menjadi taruhan lalu Baginda Dewa Kayangan menyumpah supaya puterinya itu menjadi buah Pau dan dibuang kebumi supaya peperangan reda diatas perebutan anakandanya itu.

Di bumi buah pau itu dijumpai seorang permaisuri diraja lalu memakannya dan tidak lama kemudian dia didapati hamil. Ketika saat melahirkan anak itu nyawa permaisuri tersebut tergadai dan anak yang dinanti-nantikan kelahirannya itu mendukakan Baginta Sultan kerana keadaannya yang begitu hitam legam.

Anak itu diberi nama Intan Terpilih oleh bapanya yang dimana meninggal dunia beberapa tahun kemudian kerana uzur. Di dalam akhir kata bapanya, dia meminta supaya adinda beliau untuk menjaga anaknya Intan Terpilih dan besarkan dia seperti anaknya sendiri macam Tengku Dandan Setia.

Filem Dandan Setia diarahkan oleh Dhiresh Ghosh.

Pelakon: Jins Shamsudin, Saadiah, Normadiah, Aziz Jaafar, Haji Mahadi.

 

Filem Dandan Setia Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind