Dr Rushdi (1970)

Poster Filem Dr Rushdi

Dr Rushdi (1970)

Sinopsis:

Filem Dr Rushdi mengisahkan Dr. Rushdi dan isterinya Mariana menghadiri suatu majlis makan malam yang diadakan oleh Rozaiman. Ketika majlis berjalan, Dr. Rushdi menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakitnya. Dia terpaksa meninggalkan isterinya berseorangan.

Mariana dan Rozaiman kemudiannya berkenalan. Sejak itu mereka menjalinkan hubungan mesra apabila Dr. Rushdi sering sahaja sibuk melayan pesakitnya dan mengabaikan isterinya. Pada suatu hari, Dr. Rushdi terserempak Mariana dan Rozaiman di sebuah hotel. Akibat kecewa dengan kelakuan sumbang isterinya, Dr. Rushdi cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi dapat dihalang oleh jururawatnya, Muliani.

Dr. Rushdi terharu dengan sikap simpati Muliani yang mengaku memendam perasaan kepadanya. Selepas itu, Dr. Rushdi telah menceraikan isterinya lalu pergi tinggal bersama Muliani di rumahnya. Rozaiman pula merancang untuk menghapuskan Dr. Rushdi dan membolot wang insuran Dr. Rushdi yang telah menamakan Mariana sebagai pewaris hartanya.

Dr. Rushdi perlu mencari jalan menyelamatkan hidupnya dari dimusnahkan. Filem Dr Rushdi diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Sarimah, Sophia, Ibrahim Joned, Tamam Idris, Saloma, Noor Azizah, ED Osmera.

 

Filem Dr Rushdi Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind