Enam Jahanam (1969)

Poster Enam Jahanam

Enam Jahanam (1969)

Sinopsis:

Filem Enam Jahanam mengisahkan di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk sebuah kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak hasil dari kegiatan jenayah, mereka akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan kegiatan jenayah mereka dan membawa haluan masing-masing dengan hasil yang telah mereka kumpul selama ini.

Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di Kampung Pekan Menara. Di situ tinggalnya seorang saudagar yang bernama Tantari (Tan Sri P. Ramlee) bersama isterinya Masmera (Nor Azizah). Tantari mengusahakan sebuah kedai menjual pakaian dan kain. Suatu malam, Tantari telah keluar menghantar barang yang telah dibeli oleh seorang pelanggannya. Secara kebetulan, pada malam itu, Kumpulan Enam Jahanam telah merompak kedai Tantari dan merogol isterinya. Secara tidak sengaja sebelum kumpulan itu melakukan perbuatan jahat mereka, seorang jurugambar telah mengambil gambar Masmera bersama dengan Kumpulan Enam Jahanam itu.

Tukang gambar tersebut telah ditikam oleh kumpulan itu, namun sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya kepada Tantari. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.

Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi (Yusoff Latiff) yang muncul secara mencurigakan… Filem Enam Jahanam diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: P. Ramlee, Nor Azizah, Yusoff Latiff, Osman Md. Amin, J.B Yusoff, Ahmad Dadida, Kamal Idris, Shariff Baboo, Ibrahim Sabtu, Idris Hashim, Minah Hashim, Yusuff Bujang, Karim Latiff.

 

Filem Enam Jahanam Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………………………..

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind