Hang Tuah (1956)

Poster Hang Tuah

Hang Tuah (1956)

Sinopsis:

Hang Tuah (P. Ramlee) dan empat orang sahabatnya Hang Jebat (Ahmad Mahmud), Hang Kasturi Nordin Ahmad), Hang Lekir (S. Shamsudin) dan Hang Lekiu (Aziz Sattar) menuntut ilmu bersama Adiputra (Hashim Nur) di Gunung Ledang. Semasa menuntut ilmu Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor (Saadiah), anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Apabila tamat dariipada menuntut ilmu, mereka berlima pulang semula ke kota Melaka.

Suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan dan keperwiraan mereka lalu menjemput mereka ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka sebagai hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja Sultan pergi. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah dihadiahkan keris Taming Sari.

Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja (Zaiton) untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan.

Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu lalu Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamuk dan menghuru-harakan Melaka. Filem Hang Tuah diarahkan oleh Phani Majumdar.

Pelakon: P. Ramlee, Saadiah, Ahmad Mahmud, Zaiton, Haji Mahadi, Daeng Idris, Yusoff Latif, Nordin Ahmad, S. Shamsuddin, Aziz Sattar.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

 

Part 14

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind