Lancang Kuning (1962)

Poster Lancang Kuning

Lancang Kuning (1962)

Sinopsis:

Filem Lancang Kuning mengisahkan seorang perempuan bernama Telani (Latifah Omar) yang menjadi penari kepada Baginda Sultan Siak. Di dalam hatinya, Baginda Sultan telah terpikat dengannya. Pada masa yang sama, kedua-dua panglima Baginda Sultan iaitu Panglima Alang Yahya (Nordin Ahmad) dan Panglima Ali (Haji Arshad) juga terpikat dengan Telani. Tetapi yang dapat memikat Telani adalah Alang Yahya yang telah menyelamatkannya daripada mati lemas.

Hal ini tidak menyenangkan Ali menyebabkan dia mencuba pelbagai cara asalkan dia dapat menggagalkan hubungan Telani dan Alang Yahya sehinggalah rancangannya menampakkan hasil apabila Alang Yahya dan Telani telah dituduh berlaku sumbang. Lalu mereka berdua ditangkap dan dibawa mengadap Sultan.

Sebaliknya apabila mereka dibawa menghadap, Baginda Sultan menyuruh mereka bernikah. Hal ini tidak disenangi oleh Ali. Sewaktu Telani mengandung, Alang Yahya ditugaskan untuk mengutip ufti dengan belayar ke Lingga. Kesempatan ini digunakan oleh Ali untuk membalas dendam.

Dia telah mempengaruhi Baginda Sultan bahawa untuk melancarkan Lancang Kuning, mereka perlu korbankan seorang perempuan bunting sulung dan perempuan itu adalah Telani! Apakah yang akan berlaku kepada Telani seterusnya… Semuanya dalam filem Lancang Kuning arahan M. Amin.

Pelakon: Nordin Ahmad, Latifah Omar, Yusof Latiff, Haji Arshad, Roseyatimah.

 

Filem Lancang Kuning Full Movie

 

………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind