Lela Manja (1960)

Poster Lela Manja

Lela Manja (1960)

Sinopsis:

Filem Lela Manja mengisahkan Lela (Zaiton) dan Manja (Aziz Jaafar) merupakan dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan mengarahkan mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa sebarang makan. Pada ketika bapa mereka merantau kerana arahan dari kerajaan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri (Normadiah), melakukan hubungan sulit dengan Tok Megat (Jins Shamsudin). Perkara ini diketahui oleh kedua beradik tersebut ketika ibu tiri mereka bermandi-manda dengan Tok Megat.

Dang Suri mengugut mereka supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Tok Megat terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Bapa Lela dan Manja. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Tok Megat telah membunuh bapa Lela dan Manja apabila dia cuba mendapatkan penjelasan dari mereka.

Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri dari rumah itu. Mereka lari ke sebatang sungai dan cuba melarikan diri dengan perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.

Dapatkah dua beradik ini menyelamatkan diri masing-masing dan dapatkah mereka ini bertemu kembali? Apakah kisah yang akan terjadi seterusnya… Filem Lela Manja diarahkan oleh Jamil Sulong.

Pelakon: Aziz Jaafar, Jins Shamsudin, Datuk Ahmad Mahmud, Zaiton, Normadiah, Rosnani Jamil, Bat Latif, A. Rahim.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

 

Part 14

 

Part 15

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind