Madu Tiga (1964)

Poster Madu Tiga

Madu Tiga (1964)

Sinopsis:

Filem Madu Tiga mengisahkan Jamil (P. Ramlee) yang telah beristeri dengan Latifah (Zaharah Agus) selama 12 tetapi sikap Latifah sedikit cengil dan tidak mengambil berat tentang Jamil.  Dia juga suka berjudi dengan bermain mahyong. Mereka tidak mempunyai anak kerana Latifah adalah mandul.

Oleh itu, tanpa pengetahuan Latifah Jamil telah mengambil keputusan untuk bernikah lagi dengan seorang perempuan bernama Hasnah (Jah Mahadi). Sungguhpun Latifah tidak tahu, namun Jamil berterus-terang dengan bapa mertuanya Haji Latiff (Ahmad Nisfu) yang merestui perkahwinan mereka kerana bapa mertuanya sekepala dengannya.

Walaupun Jamil sudah berkahwin dua, namun setelah terpandang wajah Rohani (Sarimah) buat pertama kali, hati Jamil berkeinginan pula untuk berkahwin dengan Rohani. Dengan bantuan pembantu peribadinya Rafee (M. Rafee) dia berkahwin pula dengan Rohani.

Berbagai helah dilakukan oleh Jamil demi untuk memastikan kedua-dua isterinya sebelum ini agar tidak bergaduh dan berbaik. Namun helahnya terbongkar jua akhirnya apabila kedua-dua madunya berada dirumah isterinya yang ketiga.

Filem Madu Tiga ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon : P. Ramlee, Sarimah, Ahmad Nisfu, Jah Hj. Mahadi, Zara Agus, M. Babjan, M. Rafee, Zainon Fiji, Ahmad Sabree, Doris, Mislia.

.

Filem Madu 3 Full Movie

 

……………………………………………………………………………………………………………….

 

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind