Merana (1954)

Poster Filem Merana

Merana (1954)

Sinopsis:

Filem Merana mengisahkan Amir dan Faridah, dua beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah rumah besar yang tersergam di sebuah kampung yang berdekatan dengan Ipoh. Amir, seorang pemuda yang kacak dan berbakat, dihantar oleh ibunya ke rumah bapa saudaranya di Taiping dengan harapan supaya Rosini, sepupu Amir, dapat memikat hatinya dan dengan demikian dapat memastikan segala harta berada dalam lingkungan keluarga.

Ibunya kecewa kerana Amir pulang dengan cerita yang berlainan. Bukan Rosini yang dipilihnya untuk dijadikan teman hidup tetapi seorang gadis kampung bernama Aminah. Walaupun terdapat halangan yang dirancang oleh ibunya, Amir dan Aminah akhirnya berkahwin.

Malangnya, pada hari Amir membawa isterinya ke rumah, kakaknya Faridah yang sentiasa menyebelahinya telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Ibu Amir percaya bahawa menantunya itu membawa sial kepada keluarganya.

Pelakon: P. Ramlee, Latifah Omar, Siti Tanjung Perak, Mariani.

 

Filem Merana Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. hemi says:

    Salam,

    aku nak cari lirik lagu dalam cerita Merana 1954, ada se-sapa yang tahu macam mana nak dapatkan lirik lagu tersebut?

    Terima Kaseh.

Speak Your Mind