Musang Berjanggut (1959)

Poster Musang Berjanggut

Musang Berjanggut (1959)

Sinopsis:

Filem Musang Berjanggut mengisahkan di Negara Pura Cendana yang diperintah oleh Sultan Alam Shahbana (Ahmad Nisfu) berada dalam keadaan yang aman dan sentosa. Walaupun begitu Baginda Sultan bersedih hati kerana tidak mempunyai putera atau puteri disebabkan permaisuri Baginda mandul. Baginda khuatir tiada siapa yang akan menggantikan Baginda apabila mangkat kelak untuk mengambil alih pemerintahan Negara Pura Cendana.

Oleh itu Permaisuri Baginda mencadangkan supaya Baginda mengambil anak angkat dalam satu pertandingan yang akan diadakan. Setelah pertandingan dilaksanakan, Sultan Alam Shahbana memilih anak Kelopak Salak dan dengan serta merta kanak-kanak tersebut diberi nama Tun Nila Utama (P. Ramlee), Raja Muda Pura Cendana.

Dalam proses pembesaran, Tun Nila Utama telah memperlihatkan kehandalan dan kepintarannya terutama bermain senjata.  Apabila umurnya meningkat dewasa dia telah dihantar berguru untuk mendalami ilmu persilatan dan kesaktiannya. Filem Musang Berjanggut diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Ahmad Nisfu, Saadiah, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Nyong Ismail, Sariff Dol.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind