Nasib Do Re Mi (1966)

Poster Nasib Do Re Mi

Nasib Do Re Mi (1966)

Sinopsis:

Filem Nasib Do Re Mi mengisahkan Do, Re dan Mi yang melarikan diri setelah dikejar oleh penduduk kampung dalam filem Do Re Mi terjumpa dengan sebuah rumah yang mana di dalamnya terdapat satu hidangan makanan. Oleh kerana mereka terlalu lapar, mereka telah menghabiskan makanan itu tanpa mempedulikan tuan punya rumah tersebut.

Di suatu tempat mereka terserempak dengan sekumpulan samseng yang sedang memukul seorang pemuda, Lokman, sementara kekasihnya Nora hanya mampu memerhati tanpa dapat berbuat apa-apa. Mereka cuba membantu Lokman tetapi dibelasah teruk oleh kumpulan samseng itu hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Keesokan harinya, apabila pasangan kekasih itu dengan diiringi seorang anggota polis pergi ke hospital untuk mendapatkan keterangan, mereka mendapati Do, Re dan Mi telah melarikan diri dari hospital.

Sahabat bertiga yang merempat dan tiada arah tujuan itu akhirnya bermalam di perkarangan sebuah rumah yang kelihatan tidak didiami orang tetapi sebenarnya rumah itu adalah tempat persembunyian samseng yang telah memukul mereka tempohari. Mereka akhirnya mengetahui pemilik rumah itu setelah samseng-samseng itu pulang ke rumah tersebut.

Setelah mengintip perbualan mereka, Do, Re dan Mi mendapat tahu bahawa ketua kumpulan itu merancang untuk menawan hati seorang gadis bernama Nora dengan menggunakan pertolongan seorang bomoh. Pada keesokan harinya, ketibaan kumpulan itu di rumah bomoh telah disambut oleh Re yang menyamar sebagai bomoh di dalam rancangan mereka untuk menggagalkan rancangan jahat kumpulan samseng terbabit… Filem Nasib si Labu Labi diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, A.R Tompel, Ibrahim Din, Ghazali Sumantri, Mahyon Ismail, Mahmud June, Habibah Harun, Hussein Abu Hassan.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind