Nasib Si Labu Labi (1963)

Poster Nasib si Labu Labi

Nasib si Labu Labi (1963)

Sinopsis:

Filem Nasib si Labu Labi menceritakan tentang kehidupan keluarga Haji Bakhil (Udo Omar) selepas kematian isterinya dalam filem Labu dan Labi. Semenjak kematian isterinya Haji Bakhil dan anaknya Manisah (Mariani) sering tidak lalu makan. Pada hari ke 40 kematian isterinya, dia jatuh sakit sakit kerana sering teringatkan arwah isterinya manakala Manisah pula tidak lena tidur di waktu malam.

Berlainan pula dengan Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) mereka sering bergaduh kerana berebutkan Manisah. Untuk membolehkan siapa yang layak menjadi pasangan Manisah mereka telah bersetuju untuk mengadakan satu perlawanan boksing yang mana pemenangnya akan layak memiliki Manisah. Namun perlawanan boksing yang diadakan sehingga ke pusingan yang ke-127 tidak dapat menentukan pemenang kerana mereka berdua bersama pengadil telah pengsan.

Suatu hari Cikgu Murni (Murni Sarawak) datang ke kedai Haji Bakhil kerana hendak membeli kain bagi kegunaan sekolah anak-anak yatim. Setelah terpandang Cikgu Murni, Haji Bakhil mula jatuh hati pada pandangan pertama. Dari itu, Haji Bakhil telah menyuruh Labu dan Labi supaya masuk meminang Cikgu Murni untuknya. Namun, adakah semudah itu untuk meminang Cikgu Murni… Filem Nasib si Labu Labi diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Udo Omar, M. Zain, Mariani, Murni Sarawak, Ibrahim Pendek, S. Shamsudin, Ibrahim Pendek, Aziz Sattar.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind