Nujum Pak Belalang (1959)

Poster Nujum Pak Belalang

Nujum Pak Belalang (1959)

Sinopsis:

Filem Nujum Pak Belalang mengisahkan Belalang (Bat Latif) bersama bapanya hidup di dalam serba kemiskinan. Suatu hari Belalang telah berpakat dengan bapanya yang bapanya pandai menilik. Ini kerana mereka ingin mendapatkan kembali tuan punya lembu dan kambing yang telah dicuri oleh dua orang penyamun.

Tipu helah Belalang membuatkan penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang (P. Ramlee) adalah seorang ahli nujum. Kehidupan mereka selepas menjadi berubah apabila Sultan mendengar tentang ‘kehebatan’ Pak Belalang menilik dan lantas melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja setelah dia berjaya mendapatkan kembali Mahkota di Raja.

Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Sultan telah membuat pertaruhan yang besar iaitu melibatkan negara membuatkan Pak Belalang gentar dan cuba melarikan diri. Namun, Belalang yang lebih pintar daripada bapanya sekali lagi berjaya menyelamatkan Pak Belalang daripada menerima hukuman.

Filem Nujum Pak Belalang ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: P. Ramlee, Bat Latiff, Hashimah Yon, Aziz Satar, S. Shamsuddin, Ahmad Nisfu, Kemat Hassan, Shariff Dol, Udo Omar, Saamah, Habsah Buang, Malik Sutan Muda, M. Rafee, Mahmood, M. Zain, CE Hashim, Ibrahim Hasan, Ali Fiji, Busra.

 

Filem Nujum Pak Belalang Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind