Penarik Beca (1955)

Poster Penarik Beca

Penarik Beca (1955)

Sinopsis:

Filem Penarik Beca mengisahkan Amran (P. Ramlee), seorang penarek beca yang miskin telah dilanggani becanya oleh Azizah (Saadiah), anak gadis Orang Kaya Marzuki (Udo Omar), berikutan pertemuan mereka ketika Amran menolong Azizah dari gangguan Ghazali (Salleh Kamil) dan rakannya. Orang Kaya Marzuki yang kedekut tidak setuju lebih-lebih lagi terpaksa membayar sewa langganan yang ditetapkan Azizah sebanyak 40 ringgit tetapi kerana mahu menjaga hati anak tunggalnya itu dia mengalah dan bersetuju.

Suatu hari, Orang Kaya Marzuki dilanggar oleh sebuah kereta dan kebetulan yang melanggar itu adalah Ghazali yang pernah menganggu Azizah. Oleh kerana rasa bersalah Ghazali telah menghantar Orang Kaya Marzuki ke hospital. Dari kejadian itu, Ghazali dan Orang Kaya Marzuki menjadi baik.

Apabila Ghazali tahu Azizah melanggan beca dengan Amran, dia cuba memarahi dan menghina Amran dengan kata-kata kesat. Kerana pandai bermuka-muka, Ghazali berjaya memikat hati Orang Kaya Marzuki dan kepercayaan yang diberikan itu telah diambil kesempatan oleh Ghazali untuk memisahkan Azizah daripada Amran.

Apakah kisah yang akan terjadi seterusnya… Filem Penarik Beca diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Saadiah, Salleh Kamil, Udo Omar, Saamah, Habsah Buang, Shariff Dol, Hashimah Yon, Kemat Hassan.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind