Pendekar Bujang Lapok (1959)

Poster Pendekar Bujang Lapok

Pendekar Bujang Lapok (1959)

Sinopsis:

Filem Pendekar Bujang Lapok mengisahkan tiga orang sahabat baik iaitu Ramli (P. Ramlee), Ajis (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) yang ingin belajar silat dengan seorang guru silat yang bernama Pendekar Mustar (Mustarjo). Mereka bertiga begitu kagum dengan kehandalan Pendekar Mustar yang telah berjaya menewaskan dua orang pemuda di Pekan Penambang.

Oleh kerana mereka semuanya buta huruf, mereka tidak dapat membaca di mana letaknya Kampung Pinang Sebatang iaitu tempat di mana terdapatnya rumah Pendekar Mustar. Sehinggalah mereka mengekori seorang gadis yang bernama Ros (Rose Yatimah) yang kebetulan adalah anak kepada Pendekar Mustar.

Dari situlah pelbagai adegan yang mencuit hati semasa mereka belajar silat dengan Pendekar Mustar. Semasa pembelajaran itu, mereka disuruh bertapa antaranya kubur tempat orang mati dibunuh, perigi buta yang telah ditinggalkan dan rumah usang yang tiada penghuni.

Mereka juga telah jatuh hati kepada Ros, tetapi Ros lebih suka kepada Ramli.

Filem Pendekar Bujang Lapok diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon : Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Rose Yatimah, Mustarjo, Ahmad Nisfu, Momo, Ibrahim Pendek.

.

 

Filem Pendekar Bujang Lapok Full Movie

 

……………………………………………………………………………………………………………………

 

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind