Sarjan Hassan (1957)

Poster Filem Sarjan Hassan

Sarjan Hassan (1957)

Sinopsis:

Filem Sarjan Hassan mengisahkan Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz dan Buang (Salleh Kamil) senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut.

Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.

Apabila Jepun menyerang Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya menentang mereka dengan gagah dan berani sekali. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz apabila dia menjadi tawanan perang. Dalam masa yang sama, Buang mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Buang menggunakan kedudukannya untuk menggangu penduduk kampung dan memaksa Salmah mengahwininya.

Filem Sarjan Hassan diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon : Tan Sri P. Ramlee, S. Shamsuddin, Saadiah, Salleh Kamil.

 

Filem Sarjan Hassan Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind