Si Tanggang (1961)

Poster Si Tanggang

Si Tanggang (1961)

Sinopsis:

Filem Si Tanggang mengisahkan sebuah kisah dongeng seorang anak bernama Si Tanggang yang hidup dalam keadaan cukup miskin di bawah jagaan ibunya yang tua bekerja mengambil upah orang kaya untuk barang-barang keperluan. Dalam diam Si Tanggang menaruh perasaan terhadap anak orang kaya yang juga disukai oleh Jelutong yang tarafnya berbeza dengan Si Tanggang.

Hinaan dan cercaan yang diterima oleh Si Tanggang dan ibunya membuatkan dia begitu malu dan ingin berhijrah ke tempat lain demi mencari harta supaya mereka tidak hidup dalam hinaan orang kampung dan dapat membuktikan bahawa dia juga tergolong dalam golongan orang yang berharta.

Ibunya enggan membenarkan Tanggang pergi kerana mereka tidak pernah berpisah semenjak Tanggang dilahirkan dan dia tidak mahu Tanggang menjadi seorang yang angkuh dan lupa daratan apabila telah mendapat kekayaan nanti. Namun Tanggang tetap berdegil dan berjanji tidak akan melupakan ibunya di kemudian hari.

Dapatkah Tanggang mengotakan janjinya terhadap ibunya nanti? Adakah dia akan menjadi seperti orang yang lupa daratan, angkuh dan sombong? Tontonilah filem melayu klasik Si Tanggang arahan Dato’ Haji Jamil Sulong untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya.

Lakonan : Jins Shamsudin, Sarimah, Zaiton, Normadiah, S. Kadarisman, Bat Latif.

.

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind