Tiga Abdul (1964)

Poster Tiga Abdul

Tiga Abdul (1964)

Sinopsis:

Filem Tiga Abdul mengisahkan seorang ahli perniagaan yang hartawan di Negeri Isketambola, Ismet Ulam Raja yang mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Abdul Wahab (Haji Mahadi), Abdul Wahib (S. Kadarisman) dan Abdul Wahub (P. Ramlee). Abdul Wahab seorang yang busuk hatinya.  Abdul Wahib, tamakkan harta. Manakala Abdul Wahub pula adalah seorang yang bijaksana.

Seorang ahli perniagaan yang hampir bankrap, Sadiq Segaraga (Ahmad Nisfu), mempunyai tiga orang anak perempuan yang jelita, Hamidah (Mariani), Rafidah (Dayang Sofia) dan Ghasidah (Sarimah). Selepas kematian Ismet Ulam Raja, dengan nasihat pembantunya, Kassim Patalon (Salleh Kamil) beliau memaksa tiga orang anaknya supaya berkahwin dengan anak Ismet Ulam Raja agar dapat membolot kesemua harta yang telah diwarisi dari ayahanda mereka.

Abdul Wahab dan Abdul Wahib telah bersetuju berkahwin dengan Hamidah dan Rafidah dengan sayarat mereka tidak boleh marah di mana jika mereka marah mereka akan dijual dan harta mereka semuanya akan dirampas. Berbanding dengan kedua abangnya, Abdul Wahub tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Ghasidah kerana beliau sudah mengetahui akan muslihat Sadiq Segaraga dan tuan penasihatnya.

Suatu malam, Abdul Wahub telah bermimpi berjumpa dengan ayahnya telah meninggal dunia. Di dalam mimpi itu, ayahandanya menasihatkan Abdul Wahub supaya memperisterikan Ghasidah demi untuk menyelamatkan kedua-dua abangnya yang telah ditipu oleh Sadiq Segaraga. Terlebih dahulu ayahandanya menyuruh Abdul Wahub supaya pergi berjumpa dengan Suleiman Akhlaken, seorang Peguam Pembela kerana terdapat dokumen penting yang diperlukan olehnya.

Ikutilah kisah selanjutnya yang berlaku dalam filem ini. Filem Tiga Abdul ini diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee.

Pelakon : P. Ramlee, Sarimah, S. Kadarisman, Haji Mahadi, Ahmad Nisfu, Dayang Sofia, Mariani, Salleh Kamil, Saloma, S. Shamsuddin.

.

Filem 3 Abdul Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind