Ada Apa Dengan Cinta? (2002)

Poster Ada Apa Dengan Cinta?

Ada Apa Dengan Cinta? (2002)

Sinopsis:

Filem Ada Apa Dengan Cinta? mengisahkan percintaan dua orang remaja Cinta (Dian Sastrowardoyo) seorang gadis cantik yang periang, cerdas dan berkeyakinan diri. Cinta mempunyai segalanya bagi seorang remaja perempuan, gadis cantik membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian remaja lelaki sekolahnya, sahabat baik yang sentiasa bersama ke mana sahaja dia pergi, keluarga yang selalu mengambil berat dan sangat mencintainya. Kegemarannya di bidang penulisan puisi membuatkan Cinta bersama sahabat-sahabatnya diamanahkan untuk mengelolai majalah dinding keluaran sekolahnya.

Milly (Sissy Priscillia), Karmen (Adinia Wirasti), Alya (Ladya Cheryll) dan Maura (Titi Kamal) adalah sahabat-sahabat Cinta yang selalu bersama kemanapun mereka pergi. Mereka telah berjanji untuk selalu saling menyayangi dan saling melindungi antara satu sama lain walau apapun yang terjadi sepertimana yang telah mereka catitkan di dalam buku janji setia mereka.

Namun semuanya itu mulai berubah ketika nasib mempertemukan Cinta dengan Rangga (Nicholas Saputra), seorang jejaka angkuh dan dingin, yang kehadirannya langsung tidak pernah dirasai sebelum ini di sekolahnya sehinggalah dia memenangi Pertandingan Tahunan Lumba Puisi di sekolahnya yang mana sebelum ini sentiasa dimenangi oleh Cinta.

Kehadiran Rangga telah menganggu emosi Cinta. Perwatakan Rangga yang sukar difahami dan sangat berbeza dari dirinya, menimbulkan sensasi baru dalam diri Cinta, dan membawanya terjebak masuk ke sebuah dunia asing yang belum pernah dilalui dalam hidupnya.

Dalam kebimbangannya, Cinta perlahan-lahan menjadi seseorang yang asing, bagi dirinya sendiri mahupun sahabat-sahabatnya. Cinta mulai berubah, perubahan yang tidak difahami oleh dirinya sendiri, apatah lagi oleh sahabat-sahabatnya. Namun perubahan itu, tiada sesiapapun yang benar-benar tahu apa yang terjadi pada diri Cinta.

Apakah perubahan itu adalah kerana Cinta? Ada apa dengan Cinta? Filem ini adalah arahan Rudy Soedjarwo.

Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, ladya Cheryl, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Edmund Chew says:

    Do you know where I can buy the poster for ‘Ada Apa Dengan Cinta’ ?

    Thank you!

Speak Your Mind