2 Hati Satu Jiwa (2010)

Poster 2 Hati Satu Jiwa

2 Hati Satu Jiwa (2010)

Sinopsis:

Filem 2 Hati Satu Jiwa mengisahkan LANA (Fouziah Gous) dan LINA (Yasmin Hani) yang dilahirkan kembar siam. Walaupun dilahirkan kembar, terdapat perbezaan di dalam diri mereka. Namun begitu, mereka masih mampu hidup bersama sebagai kawan baik terhadap diri masing-masing. Mereka sentiasa dilindungi daripada elemen-elemen luaran sosial yang lain oleh ibu bapa mereka. Sejak kecil, mereka tidak pernah dihantar ke sekolah awam.

Sehinggalah pada suatu hari, ibubapa mereka menyedari bahawa LANA dan LINA yang akhirnya tidak akan bergantung kepada mereka lalu mereka didedahkan kepada dunia luar. Untuk berapa lama keadaan ini akan bertahan? Apa akan terjadi kepada LANA dan LINA apabila ibubapa mereka meningkat tua dan satu hari akan meninggalkan dunia ini? Peluang untuk mereka belajar berdikari bermula apabila mereka memasuki alam universiti.

Peluang untuk mereka memilih kepentingan dan kesukaan masing-masing, contohnya daripada kursus mata pelajaran, kawan-kawan dan gaya hidup masing-masing telah menjadikan kembar ini berlainan kontras individualitinya tetapi berkongsi conjoined body yang sama. Buat pertama kalinya di dalam hidup mereka, perasaan benci sesama mereka telah muncul. Untuk mengatasi permasalahan konflik ini daripada semakin teruk, adalah dengan hanya melakukan pembedahan terhadap mereka.

Filem 2 Hati Satu Jiwa ini mempersembahkan cabaran-cabaran dan plot-plot penceritaan yang menarik yang terpaksa dilalui oleh LANA dan LINA di dalam mengharungi zaman universiti mereka yang mana akhirnya mereka terpaksa menjalani pembedahan disebabkan mereka tidak lagi mempunyai kesefahaman antara satu dengan yang lain. Saksikanlah filem yang menarik ini di bawah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon: Fauziah Ghous, Yasmin Hani, Fahrin Ahmad, Mustapha Kamal, Ziela Jalil, Yasmin Hani, Jalil Hamid.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Anonymous says:

    mane drama nya..

Speak Your Mind