4 Madu (2010)

Poster 4 Madu

4 Madu (2010)

Sinopsis:

Filem 4 Madu mengisahkan Azlan (Saiful Apek), Seorang pekerja sebuah chalet telah menerima sepucuk surat yang memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun Azlan musykil, dia nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama seorang kawannya, Firdaus.

Di pejabat guaman tersebut, buat pertama kalinya, Azlan dipertemu dan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul. Perbezaan antara mereka amat ketara kerana Azrul seorang ahli perniagaan berjaya. Di pejabat guaman tersebut, mereka berdua dibacakan isi kandungan surat wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Untuk mereka mendapatkan harta wasiat berjumlah RM50 juta mereka terlebih dahulu mesti melakukan syarat-syarat yang telah terkandung di dalam surat wasiat tersebut.

Untuk syarat yang pertama yang mesti mereka lakukan ialah, mereka harus mencari calon isteri dari kalangan anak yatim piatu dan dalam tempoh masa 3 minggu. Setelah Azlan dan Azrul bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak tersebut serta diberikan wang setiap seorang sebanyak RM10,000. Setelah memenuhi syarat-syarat yang pertama, Azlan dan Azrul telah pergi ke pejabat peguam dengan membawa isteri masing-masing kerana telah menyangka yang mereka akan memperolehi harta pusaka RM50 juta itu.

Ternyata, angan-angan mereka untuk memperolehi harta pusaka tersebut meleset. Ini kerana, mereka perlu melakukan syarat yang kedua surat wasiat tersebut, yang mana mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan? Apakah syarat-syarat yang seterusnya? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka dalam filem 4 Madu..?

Pelakon: Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Almy Nadia, Ayu Raudhah, Rosnah Mat Aris, Marsha dan Bienda.

 

Filem 4 Madu Full Movie

 

…………………………………………………………………………………………………………………

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. this video cannot be watch

Speak Your Mind