Aku Masih Dara (2010)

Poster Aku Masih Dara

Aku Masih Dara (2010)

Sinopsis:

Filem Aku Masih Dara berkisar kepada Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani yang merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga.

Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Namun, kehadiran Firdaus (Ashraf Muslim) mulai mengubah diri Sofea yang ingin mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini sekadar status di kad pengenalannya sahaja. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus.

Dapatkah Sofea menyedarkan sahabatnya itu dari terus hanyut dengan nikmat dunia… Filem Aku Masih Dara adalah arahan Ahmad Idham.

Pelakon: Raja Farah, Reanna, Yana Samsudin, Farid Kamil, Dian P.Ramlee, Rahim Jailani, Riezman Khuzaimi, Kuna.

 

Filem Aku Masih Dara Full Movie

 

…………………………………………………………………….

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. yoo rin says:

    i want seee alu masih dara please

  2. bulu says:

    Thanks a lot for sharing this with all folks you actually realize what you are speaking about!
    Bookmarked. Kindly additionally discuss with my website =).
    We will have a link trade contract between us

Speak Your Mind