Ali Setan II (1986)

Poster Ali Setan II

Ali Setan II (1986)

Sinopsis:

Setelah menerima ijazah, Ali (Azmil Mustapha) dan Asmidar (Shasha) bercadang mahu mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan oleh ayah Asmidar kerana Jeff (Izi Yahya) telah telah menceritakan latar belakang Ali kepada ayah Asmidar. Ini menyebabkan ayah Asmidar memaksanya berkahwin dengan Jeff. Mahu tidak mahu Asmidar terpaksa mengikut kemahuan bapanya.

Namun begitu selepas beberapa bulan berkahwin, Jeff telah menceraikan Asmidar kerana perkahwinan mereka tidak menemui kebahagiaan. Akhirnya Asmidar dan Ali bertemu dan bersatu semula.

Filem Ali Setan II diarahkan oleh Yassin Salleh. Filem ini adalah kesinambungan dari filem Ali Setan (1985).

Pelakon : Azmil Mustapha, Shasha, Izi Yahya, Dayangku Intan, Liza Abdullah, Ebby Saiful, Shah Rezza, Baharuddin Omar.

.

Filem Ali Setan II Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind