Azura (2012)

Poster Filem Azura

Azura (2012)

Sinopsis:

Filem Azura mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran. Filem Azura diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Shahz Jaszle, Neelofa, Afdlin Shauki, Erma Fatima, Ogy.

 

Azura Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind