Baginda (1997)

Poster Filem Baginda

Poster Filem Baginda

Baginda (1997)

Sinopsis:

Filem Baginda mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Azian seorang guru yang telah mencipta kejayaan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Dia juga terpaksa menghadapi pelbagai masalah sekolah swasta yang diwariskan kepadanya oleh pakciknya Mahmud Baginda.

Kolej Mahmud Baginda selepas kematian pengasasnya Mahmud Baginda, bukan sahaja menghadapi masalah para pelajar yang tidak berdisiplin, rendah moral tetapi juga para guru yang hilang minat mengajar. Kemerosotan Kolej Mahmud Baginda menjadi bahan sindiran Bakar, seorang guru yang mengajar di Kolej Panglima yang jauh lebih berjaya baik dari aspek lulusan pelajarnya mahupun pasukan sukannya.

Filem Baginda diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Jalil Hamid, Azean Irdawaty, Jalaludin Hassan, Chef Wan, Jaafar Onn.

 

Filem Baginda Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind