Bintang Hati (2004)

Poster Bintang Hati

Bintang Hati (2004)

Sinopsis:

Filem Bintang Hati mengisahkan Syakila (Amy Mastura) yang merasa tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti penyanyi Jelly (Umie Aida) walaupun dia sudah bergelar penyanyi popular. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada Tasya, pengurus Syakila. Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya sebagai penyanyi kesayangan.

Satu ketika Jun (Fasha Sandha), seorang komposer dipertanggungjawab untuk menyiapkan sebuah lagu untuk Syakila. Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada penerbit album Fazli (Jaafar Onn) secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu menggunakan suara Tasya.

Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya mengedarkan lagu terbaru Jun itu serta merta. Jun tidak berkesempatan memberitahu lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila. Lagu itu berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya Syakila sendiri percaya lagu itu adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila. Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi agar pembohongan tidak terbongkar. Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara latar.

Kerana perasaan cemburu, Syakila mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya. Apakah yang akan terjadi apabila Tasya disingkirkan? Bagaimana Syakila meneruskan pembohongan tanpa bantuan Tasya? Filem Bintang Hati ini diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Amy Mastura, Anuar Zain, Fasha Sandha, Jaafar Onn, Umie Aida, M. Rajoli, Rosnah Mat Aris, Saiful Apek, Erma Fatima.

 

Filem Bintang Hati Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. syahrina says:

    macamana ye kalau sy nak download crite ni..bayaran xjd masalah.pls pm me.

  2. Afiq says:

    Boleh sy download cite ni, bayaran pon no problem .pls pm me.

  3. Nak cari CD die tapi x jumpe~
    Cerita ni best sebab ada Anuar Zain <3

  4. Tak sempat download, video dah x ade :’(
    Sedih!

  5. Anonymous says:

    cm ner nk download

  6. Video update

  7. Anonymous says:

    video dah tkde :(

  8. anony says:

    Please please please reupload. I really want to watch it again

  9. fadlin says:

    tolong upload balik citer ni…..thanks…..

  10. shireen says:

    tolong upload balik..pleaseeeee

  11. mira says:

    video dah takde. please upload balik. please. T_T

  12. Anonymous says:

    nak tgk cite ni :’(

  13. Mimi says:

    Pls reupload :’((

Speak Your Mind