Bisikan Cinta (1995)

Poster Filem Bisikan Cinta

Poster Filem Bisikan Cinta

Sinopsis:

Filem Bisikan Cinta mengisahkan Johari memiliki segala kemewahan daripada ibunya. Kerana terlalu menginginkan seorang menantu, ibunya telah mengadakan perjumpaan dengan gadis-gadis supaya anaknya dapat membuat pilihan. Ibu Johari berkenan dengan seorang gadis, Ros yang dianggapnya paling sesuai untuk Johari.

Johari mengambil keputusan berlayar seorang diri untuk menjauhkan diri daripada Ros tetapi Ros berjaya mengekorinya. Johari tidak dapat mengelakkan diri dan terpaksa menghabiskan masa bersama Ros di atas kapal tersebut. Malangnya Johari telah terjatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke sebuah perkampungan berdekatan. Bermulalah kehidupan baru Johari yang telah diselamatkan oleh Ayu, seorang gadis kampung.

Johari mula menaruh hati terhadap Ayu tetapi cinta mereka dihalang oleh ibu Ayu yang cerewet dan tidak sukakan orang luar. Pelbagai usaha dicuba oleh Johari untuk mengambil hati ibu Ayu dengan bantuan Abu, pembantu peribadinya.

Filem Bisikan Cinta diarahkan oleh Sahib Selamat.

Pelakon: Azhar Sulaiman, Maria Farida, Accapan, Norlia Ghani.

 

Filem Bisikan Cinta Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Ain says:

    Salam. Boleh tak upload semula cerita bisikan hati dengan bisikan cinta dalam youtube? Terima kasih

Speak Your Mind