Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)

Poster Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009)

Sinopsis:

Filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam mengisahkan dua remaja perempuan Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit disebabkan oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul Yusof) teman lelaki Tasya seorang yang suka cakap besar dan Acai (Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar. Bapa Amy seorang kaki judi sering menggangu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu.

Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya daripada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz, merelakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna lalu membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit.

Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh (Nasir Bilal Khan). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku seterusnya… Saksikanlah filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof untuk mengetahui jawapannya.

Pelakon: Nabila, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Diana Danielle, Nasir Bilal Khan.

Filem Bohsia Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind