Bukit Kepong (1981)

Poster Bukit Kepong

Bukit Kepong (1981)

Sinopsis:

Filem Bukit Kepong adalah sebuah filem sejarah negara yang mengisahkan pahit maung perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai seramai 18 orang anggota.

Filem ini menggambarkan semangat kental yang ditunjukkan oleh pasukan polis walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis. Walaupun bilangan mereka kecil berbanding komunis tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi untuk mempertahankan negara daripada anasir komunis.

Filem Bukit Kepong ini diarahkan oleh Jins Shamsudin.

Lakonan : Suhaina Yahya, Jamaliah Arshad, Hussein Abu Hassan, Aida Ahmad, Yusof Haslam, Jins Shamsuddin, A. Rahim, Dali Abdullah, Samsudin Baslah, J. A Halim, Hisham Ihsan, Mohd Noor Bon, Harun Ibrahim.

.

Bukit Kepong Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. dan says:

    this film cannot is no longer available.Please reupload.thank you.

    http://retroevergreen.com/filem/filem-melayu/bukit-kepong-1981

Speak Your Mind