Buli Balik (2006)

Poster Buli Balik

Buli Balik (2006)

Sinopsis:

Filem Buli Balik adalah kesinambungan dari filem Buli (2004): Roy (Hans Isaac) dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin (Afdlin Shauki). Menurut Doktor Selina (Umie Aida), Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy (AC Mizal) yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan.

Rudy yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya kembali.

Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang tetapi Shaff (Ako Mustapha) tidak bersetuju dengan cadangan itu. Adakah Nordin akan membalas dendam terhadap Roy? Filem Buli Balik ini akan merungkai persoalan apakah Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang sama. Filem Buli ini diarahkan oleh Afdlin Shauki.

Pelakon: Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz, AC Mizal, Umie Aida, Patrick Teoh, Ako Mustapha, Syanie, Sharifah Shahira, Harun Salim Bachik.

Filem Buli Balik Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind