Cinta Kolestrol (2003)

Poster Filem Cinta Kolestrol

Cinta Kolestrol (2003)

Sinopsis:

Cinta Kolestrol mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato’ Osman yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira (anak Dato’ Osman) dan Ahmad Yusry (anak Haji Zaini) masih kecil.

Dua puluh tahun kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa.

Konflik melanda apabila Yusry berasa tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Rupa paras sebenar Fazira terlalu jauh daripada imaginasinya yang langsung tidak menepati seleranya.

Pada masa yang sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira pula tetap cuba mendekati Yusry, tetapi Yusry menolak cintanya. Filem Cinta Kolestrol diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon: Yusry, Erra Fazira, Abu Bakar Omar, Aleeza Kassim, Farid Kamil, Dynaz.

 

Filem Cinta Kolestrol Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind