Dalam Botol (2011)

Poster ...Dalam Botol

Dalam Botol (2011)

Sinopsis:

Filem Dalam Botol adalah berdasarkan kepada sebuah kisah benar di mana Ruby (Arja Lee) atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus (Wan Raja) merupakan satu pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban dengan mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Di mana, dia telah melakukan satu pembedahan jantina dan mengubah identiti dirinya menjadi ‘Wanita’.

Di sebalik pembedahan itu, Ghaus tidak dapat menerima Ruby kerana Ghaus sememangnya tidak menerima keadaan fizikal seorang wanita. Dan di atas sebab itulah Ghaus memutuskan hubungan dengan Ruby. Tanpa diduga oleh Ruby, hormon lelaki di dalam tubuhnya kembali menyerlah dan membuatkan dia kembali menjadi Rubidin. Bahkan Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.

Namun perkahwinan yang akan dilangsungkan oleh Rubidin, terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila kelakiannya yang sebenar sudah hilang. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakiannya. Filem Dalam Botol diarahkan oleh Khir Rahman.

Pelakon: Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind