Damping Malam (2010)

Poster Damping Malam

Damping Malam (2010)

Sinopsis:

Filem Damping Malam mengisahkan Nuraiza (Erynne Erynna) yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat Wadi (Ahmad Idham) tetapi bagi isterinya adalah sebaliknya kerana ada sedikit kebimbangan baginya kerana dia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Sepanjang berada di asrama itu, Nuraiza sering diganggu oleh makhluk halus yang selama ini dia tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu. Dia pula tidak tahu doa atau ayat untuk melindungi dirinya menyebabkan dia berterusan diganggu bukan saja kepada dirinya malahan kepada kawan-kawannya di asrama itu yang rapat dengannya.

Di situ dia mengenali dan rapat dengan rakan sebilik dan sekelasnya, Hasni dan Syarifah. Di samping itu, Erna dan Nadia adalah dua orang seteru yang sentiasa kurang senang dengannya. Suatu hari timbul keinginan di hati Erna dan Nadia yang mahu mengenakan Nuraiza, lalu mereka bermain seru roh dengan menggunakan papan ouiji. Di dalam permainan itu, Nuraiza mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar-legar di sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan menyeret kakinya dan terdapat darah menitik ke lantai. Kejadian itu, hanya Nuraiza saja yang dapat melihatnya dan ia semakin menakutkan Nuraiza sehingga membuatkan Nuraiza menjadi histeria. Bagi Erna pula itu semua lakonan dan tipu helah Nuraiza untuk menarik perhatian. Sehinggalah Erna dan Nadia sendiri diganggu oleh makhluk halus yang lebih menakutkan lagi membuatkan mereka mulai mempercayainya.

Kejadian histeria yang dialami oleh Nuraiza membuatkan Wadi dan Ku Khalira sedih dan bimbang kerana melihatkan anak mereka sudah tidak ceria seperti dahulu lagi. Walaupun diberitahu hal yang sebenar yang dialaminya namun Wadi tidak mempercayai kata-kata anaknya itu. Apakah sebenarnya kejadian-kejadian yang berlaku dalam filem ini? Tontonilah filem Damping Malam untuk mengetahui kisah selanjutnya… Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Pelakon: Amy Mastura, Ahmad Idham, Erynne Erynna, Azizah Mahzan.

 

Filem Damping Malam Full Movie

 

………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind