Dilarang Masuk (2011)

Poster Filem Dilarang Masuk

Dilarang Masuk (2011)

Sinopsis:

Filem Dilarang Masuk mengisahkan empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan.

Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup. Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.

Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran.

Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Filem Dilarang Masuk diarahkan Jeffrey Chiang.

Pelakon: Asyikin Kamal, Ismaizal, Isma Hanum, Muniff Isa, Esma Danial.

 

Filem Dilarang Masuk Full Movie

 

……………………………………………………………………………………………………………

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind