Diva (2007)

Poster Diva

Diva (2007)

Sinopsis:

Filem Diva mengisahkan Kartika (Ning Baizura) ialah seorang diva popular yang berasal dari Malaysia. Dia seorang yang berjaya di-serata dunia dan amat diminati jutaan peminat di tanah airnya. Disebalik kejayaan gemilangnya tersembunyi sebuah kisah duka. Di mana sekalipun Kartika berada, semua peminat ingin meluangkan masa bersamanya akan tetapi jauh di sudut hatinya Kartika hanya inginkan seorang yang memahami isi hatinya iaitu ibunya. Ibunya tidak ingin bertemu mahupun berbicara denganya sama sekali.

Kartika telah melarikan diri dari rumah untuk mengejar impiannya demi mencapai kejayaan dan mencari wang bagi keselesaan keluarganya dan sekarang dia telah mencapai segala impiannya. Ibu Kartika tidak mahu mengampuni Kartika kerana dialah penyebab yang menyebabkan bapanya meninggal dunia semasa dia melarikan diri dahulu. Bapa Kartika suatu ketika dahulu pernah memiliki sebuah sekolah muzik tradisional dikampungnya. Bapanya ketika itu telah mempunyai cita-cita untuk Kartika dan anak muridnya yang paling cemerlang iaitu Arman (Jeremy Thomas) untuk menjadikan sekolah itu terkenal di serata dunia.

Kartika yang tidak ingin melihat keluarganya sengsara dan telah mengambil keputusan dengan niat baik untuk pergi ke bandar dan menolong keluarganya. Dengan duit yang dicari oleh Kartika, dia akan menolong keluarganya untuk hidup selesa. Tetapi, Kartika lupa, yang keputusannya akan menyakiti hati dan menghancurkan harapan bapanya. Ibunya percaya bahawa Kartika adalah penyebab kematian bapanya dan tidak mahu menerima Kartika sebagai anaknya. Saksikanlah kesudahannya dalam filem Diva yang diarahkan oleh Sharad Sharan.

Pelakon: Ning Baizura, Jeremy Thomas, AC Mizal, Awal Ashaari, Adam AF2, Fauziah Nawi, Jessica Iskandar, Pushpa Narayan.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

 

Part 12

 

Part 13

 

Part 14

 

Part 15

 

Part 16

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind