Embun (2002)

Poster Filem Embun

Embun (2002)

Sinopsis:

Filem Embun mengisahkan kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi.

Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris dan imperialisme.

Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka mempercayai slogan ‘Asia Untuk Asia’ dan ‘Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya’ yang dilaungkan pemerintah Jepun.

Filem Embun diarahkan oleh Erma Fatima.

Pelakon: Umie Aida, Hani Mohsin, Aqasha, Izi Yahya, Rahim Razali, Khatijah Tan.

 

Filem Embun Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. Anonymous says:

    syukur ,, bulan merdeka tv boleh siaran semula termasuk lakonan
    arwah Izi yahya Dan hani mohsen.

    embun pagi ..english watermark

  2. watermark says:

    now , chanel tv come out new technology revolution spt unify
    astro beyond and streaming movie.

    Minister was boring changing new policy and raya every year.

Speak Your Mind