Esok Masih Ada (1979)

Poster Filem Esok Masih Ada

Esok Masih Ada (1979)

Sinopsis:

Filem Esok Masih Ada mengisahkan ASP Zamri (Jins) berjaya sebagai seorang pegawai polis tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia menghampakan hidupnya. Lantas apabila dia berkenalan pula dengan Marina (Christine), anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus bank telah membibitkan kemesraan.

Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan perompak-perompak bank yang menjadikannya tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon (A.Rahim), ketua perompak. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada Ibu Marina.

Perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Jefri, yang kemudiannya diserahkan kepada Faridah (Azean), isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri sahaja. Manakala Marina mula merasakan kehausan kasih sayang. Filem Esok Masih Ada diarahkan oleh Jins Shamsudin.

Pelakon: Jins Shamsudin, Azean Irdawaty, Christine Teoh, A. Rahim, Umi Kalthom.

 

Filem Esok Masih Ada Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind