Estet (2010)

Poster Estet

Estet (2010)

Sinopsis:

Filem Estet mengetengahkan kisah mengenai kehidupan masyarakat di Estet Cintamanis yang menjadi kecoh apabila satu perlawanan bolasepak di antara Estet Cintamanis dengan Estet Red Cobra yang mana tidak pernah diadakan semenjak 20 tahun yang lalu.

Dua orang sahabat baik iaitu Farid (Farid Kamil) dan Shashi (Shashi Taran) menjadi harapan kepada pasukan Estet Cintamanis untuk memenangi perlawanan tersebut. Di samping memenagi perlawanan tersebut mereka juga ingin membanteras gejala korupsi dan peras ugut yang diamalkan oleh kerani estet, Pooniah (S. Veerasingam).

Pooniah seorang yang cukup licik, dia mengadakan perlawanan tersebut adalah semata-mata kerana dia ingin mendapatkan Geetha (Jasmine Micheal) seorang gadis yang cukup menawan. Namun disebaliknya Geetha tidak pernah menyukai Pooniah kerana dihatinya telah terpikat kepada Farid.

Masalah penduduk Cintamanis bertambah berat kerana mereka tidak pernah bermain bolasepak sehingga muncul seorang pendatang baru, Kublai Khan (Rosyam Noor) ke dalam pasukan mereka. Kehadiran Kublai Khan dalam pasukan Cintamanis tidak disenangi oleh Pooniah menyebabkan dia melakukan pelbagai cara untuk menggagalkan pasukan tersebut.

Apabila tibanya hari pertandingan, pelbagai masalah telah dihadapi oleh pasukan Cintamanis. Sashi dan bapa Geetha yang merupakan jurulatih pasukan Cintamanis telah diculik. Ketiadaan Farid dan beberapa pemain lain juga menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Dapatkah pasukan Estet Cintamanis menjuarai perlawanan tersebut? Tontonlah filem Komedi Estet arahan Mamat Khalid untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya..

Pelakon: Farid Kamil, Shoffi Jikan, Jasmin, Gandii Nathen, Kamarul, Mislina Mustaffa, Rosyam Noor, Shashi Tharan.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind