Evolusi KL Drift 2 (2010)

Poster Evolusi KL Drift 2

Evolusi KL Drift 2 (2010)

Sinopsis:

Filem Evolusi KL Drift 2 mengisahkan tentang perlumbaan kehidupan antara Zack (Syamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) yang masih belum berakhir. Zack sekarang bukan lagi pelumba haram seperti dahulu. Kini dia menjadi seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang dialaminya, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui dirinya.

Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya (Scha) yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba. Joe (Aaron Aziz) yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menyimpan dendam terhadap Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery (Shaheizy Sam) sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam terhadap Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan.

Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Filem Evolusi KL Drift 2 diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Pelakon: Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Hetty Sarlene, Rizal Ashraf, Adam Corrie Lee.

 

Part 01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind