Evolusi KL Drift (2008)

Poster Evolusi KL Drift

Evolusi KL Drift (2008)

Sinopsis:

Filem Evolusi KL Drift mengisahkan Zack (Syamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) merupakan dua sahabat baik yang mempunyai minat dalam bidang perlumbaan kereta ‘drift’. Kelazimannya bidang perlumbaan kereta ‘drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha (Fasha Sandha), teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat. Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe (Aaron Aziz) dan Karl (Iqram Dinzy) merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta ‘drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya. Lantaran itu, satu perlumbaan diatur antara Zack dan Joe bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara mereka. Dapatkah Zack memenangi perlumbaan itu dan sekaligus menghalang kegiatan Joe. Filem Evolusi KL Drift diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Pelakon: Fasha Sandha, Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Iqram Dinzy, Buzen Hashim, Rizal Ashraf, Hetty Sarlene, Diana Danielle.

 

Part01

 

Part 02

 

Part 03

 

Part 04

 

Part 05

 

Part 06

 

Part 07

 

Part 08

 

Part 09

 

Part 10

 

Part 11

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. nasuha says:

    hai, nasuha allisya boleh saya nak jadi adik angak

Speak Your Mind