Gemerlapan (1997)

Poster Gemerlapan

Gemerlapan (1997)

Sinopsis:

Filem Gemerlapan mengisahkan seorang remaja Mimi (Baby Res’2) yang menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Mel (Lan A to Z) yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan dan Pam (Maya) yang bimbang popularitinya akan tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru Mr. X (Shafi Khan) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya. Suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas dan dia juga cuba menyekat Mimi dari menyertai pertandingan itu kerana bimbang dia akan ditewaskan oleh Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Mel sedang membuat persembahan. Mel kemudiannya mencapai sebuah gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi.

Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Mel. Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing. Filem Gemerlapan ini diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon: Lan A to Z, Baby, Sham Visa, Maya, Bob Ku2, Eisya, Azean Irdawaty, Ismail Din, Kartina Aziz, Jaafar Onn, Zami Ismail.

 

Filem Gemerlapan Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. kiki says:

    video dah remove…bole re-upload balik x? thanks :-)

  2. Behtash says:

    Filem Prof. Madya A. Razak Mohaideen yg paling best..yg lain2 tu pada aku mcm hampehh..

  3. Behtash says:

    Filem A. Razak Mohaideen yg paling best..yg lain2 tu pada aku mcm hampehh..

  4. papabubu says:

    bole re-upload balik x?

Speak Your Mind