Gerak Khas The Movie (2001)

Poster Gerak Khas The Movie

Gerak Khas The Movie (2001)

Sinopsis:

Filem Gerak Khas The Movie mengisahkan Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuhan iaitu Castelo (Rosyam Noor) dan Rafayel (Norman Hakim). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram ini. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah (Erra Fazira) yang ditugaskan untuk membantu dalam siasatan itu.

Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat. Sementara itu seorang wartawan TV, Azura (Normala Samsudin) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram itu yang selama ini bermusuhan telah bersatu bagi mengatasi masalah itu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas ini.

Tindakan mereka dibantu oleh Suzana (Nasha Aziz) yang sebenarnya adalah ‘mastermind’ dalam kegiatan jenayah. Kehadiran Shafikah membuatkan konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah kerana berbeza pendapat. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel. Filem Gerak Khas The Movie ini diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam.

Pelakon: AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Normala Samsudin, Rosyam Noor, Norman Hakim, Nasha Aziz, Mazlan Pet Pet, A. Galak, Zul Yahya.

 

Filem Gerak Khas The Movie Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind